Aainaa Narilsa | extremely high imaginary writer

#006- Encik Tepi Tingkap 1



Assalamualaikum




Ilaika bangun seperti biasa hari itu. Detik waktu memancarkan sudah tiba masanya untuk solat subuh. Pantas Ilaika membasahkan mukanya dengan air wudhu'. Usai menunaikan solat subuh, Ilaika menjalankan rutin-rutin harian seperti biasa. Nanti dulu! Untuk pengetahuan semua, ini bukan lah ceritera sang remaja yang baru ingin menempuh dunia, mahupun diari si anak kecil yang baru berjinak ke dunia penulisan. Ilaika si mahasiswi yang sedang bergelut dengan selautan assignments.


Berjalan kaki ke fakulti, oh itu perkara biasa bagi pelajar universiti yang masih lagi tiada lesen. Macam Ilaika. Mungkin juga ini satu ujian baginya untuk menghapuskan segala lemak-lemak yang ada. Tapi Ilaika bukan lah gadis yang patut diberi gelaran 'comel'. Ilaika hanya sekadar berisi, badannya boleh dikatan 'solid'.

Dalam perjalanan sendirian itu, Ilaika terlihat sebuah koridor di sisir fakulti Bahasa & Kesusasteraan Melayu. Oh jangan tersalah anggap. Ilaika bukan lah seorang yang tiada kawan, cuma dalam kalangan kawan-kawannya, dia sahaja yang mengambil jurusan English Literature Studies. Pelik jurusannya? Mungkin.

Di sisir koridor fakulti itu, Ilaika terlihat seorang mahasiswa duduk di tepi tingkap. Jauh pemandangannya di luar, mukanya agak masam kelihatan. Ini sudah masuk kali ke 7, Ilaika secara kebetulannya terlihat mahasiswa itu. Pada hari yang sama, waktu yang sama, selama 7 minggu pada setiap hari Rabu, pada pukul 2.30 petang. Kebetulan ataupun?

Ilaika tertanya-tanya, siapa gerangan mahasiswa itu? Ataupun dia yang diberi gelaran, 'Encik Tepi Tingkap? Agak menakutkan gelaran itu tapi ya itu Ilaika. Seorang gadis yang nampak pelik tapi sebenarnya dia lebih daripada pelik. Encik Tepi Tingkap punya rambut ikal yang tidak berapa ikal, yang panjangnya normal. Raut wajah yang redup dan sayu. Kulitnya yang sawo matang dan kalau diikutkan pada pandangan lengannya, Encik Tepi Tingkap merupakan seorang yang kurus. Tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk. Boleh dikatakan Encik Tepi Tingkap ni merupakan lelaki ideal setiap wanita. Hehehe. Tapi Ilaika masih tidak lagi melihat ketinggiannya mahupun suaranya.

Encik Tepi Tingkap dianggap penuh misteri oleh Ilaika. Walaupun pensyarah ada di dalam kelasnya itu, namun Encik Tepi Tingkap sekadar melabuhkan pandangannya ke luar. Entah dengar ataupun tidak, Ilaika tak pasti.

Saat itu Ilaika terpaksa berlari ke arah koridor tingkap fakulti itu ikutan bumi yang kini dibasahi hujan nan lebat. Dan pada hari Rabu ke 7 itulah, Ilaika lupa untuk membawa payung. Ilaika mendekati Encik Tepi Tingkap dan untuk pertama kalinya pandangan mereka bertaut. Dapat dilihat mata Encik Tepi Tingkap yang redup dan penuh dengan seribu tanda tanya. Encik Tepi Tingkap segera mengalihkan pandangannya dan Ilaika juga begitu. Ilaika pantas mengatur langkah bergerak ke fakultinya yang terletak di sebelah sahaja.

Malam itu di Kafe Purnama yang letaknya di luar universiti, Ilaika hanya mendiamkan diri sahaja. Masih lagi teringat akan sepasang mata milik Encik Tepi Tingkap. Mengapa dan apa sebenarnya? Siapa dia? Nafisa dan Raudhah sekadar membiarkan sahaja Ilaika sebegitu. Mereka sudah tahu pastinya Ilaika tidak jemu-jemu memikirkan Encik Tepi Tingkap.

Ilaika melemparkan pandangannya ke luar kafe itu, yakni di jalan raya. Namun ada sesuatu mengganggu pandangannya lantas matanya beralih pada seseorang di meja luar kafe itu. Encik Tepi Tingkap! Encik Tepi Tingkap kelihatan sedang menundukkan wajahnya. Dengan seluar skinny jeans hitam dan baju kemeja merah tersarung di badannya, sweater hitam kuning berserta hoodie melapikkan kemejanya, dia kelihatan sungguh, menawan bagi Ilaika.

Encik Tepi Tingkap sedang menulis sesuatu pada sehelai kertas dan untuk beberapa minit, dia melihat kertas itu dan letakkan di bawah pen supaya kertas itu kekal di meja. Dia bingkas bangun dan untuk seketika, dia melemparkan mata sayunya menuju tepat pada Ilaika yang sejak dari tadi asyik merenungnya. Mata sayunya seakan memberi isyarat pada Ilaika untuk membaca nota pada kertas itu. Seketika kemudian, Encik Tepi Tingkap menghilangkan diri. Ilaika sudah nampak ketinggian Encik Tepi Tingkap! Bagi Ilaika, mungkin tinngi Encik Tepi Tingkap mencecah 178cm. Mungkin.

Ilaika pantas bangun dan menuju ke arah meja Encik Tepi Tingkap. Dia segera mengambil nota itu dan membacanya.

Ilaika Nurra'isya. Eternal your modesty and shyness. Hold your Hayaa Karm, Hayaa Hishmaa and Hayaa Muhabbah for everlasting~

Ini lebih daripada misteri! Ilaika sudah resah dan tidak tentu hala. Encik Tepi Tingkap tahu namanya? Encik Tepi Tingkap berayat puitis dengannya? Dan pertemuan sebanyak 7 kali itu apa agaknya? Apa maksud nota yang Encik Tepi Tingkap ini beri? Apa sebenarnya yang terjadi? Ilaika bingung sendiri. Malah kini Ilaika merasai getaran pada jiwa yang selama ini tidak pernah dia rasai. Ilaika terkedu sendiri.

             'Mungkin Encik Tepi Tingkap ini orang gila rasanya, tak pun mahasiswa yang ada penyakit mental. Tapi orang gila mana boleh masuk universiti. Tapi pesakit mental tu boleh tahu nama akuuuuu'. Ilaika bermonolog sendiri. Tapi Ilaika Nurra'isya, pesakit mental tidak akan berkata-kata sebegitu~

Siapa gerangan Encik Tepi Tingkap masih lagi menjadi sebuah misteri. Kini sudah sebulan Ilaika tidak melalui jalan yang biasa dilaluinya pada setiap hari Rabu. Takut nanti terserempak pula dengan Encik Tepi Tingkap yang ada sakit mental tu.



*to be continued


© alexithymia, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena