Aainaa Narilsa | extremely high imaginary writer

#47- Kehidupan



Kehidupan.

Aku tahu aku baru berusia 18 tahun
Belum lagipun cecah 18 tahun
14 December 2013 ni baru birthday aku
Semua yang mengenali aku pasti akan menilai
Semua yang berkawan dengan aku pasti akan menilai
Siapa aku
Siapa Nor Aainaa

"Budak manja, tk boleh berpisah dengan mama dan ayah"- kata dia yang kononnya kenal aku siapa

"Budak kecik ni sampai sekarang tk besar-besar. Masih lagi budak kecik, cecomel je"- kata dia yang berlagak dia besar

"Budak kecik yang tak tahu apa apa"- kata dia yang tahu segalanya

"Budak innocent, lurus bendul, terlalu jujur"- kata dia yang agak agak kenal aku

Dan berbagai lagi spekulasi.
Tapi, moh sini den nak koba an sikit kek ekau haa,

18 tahun aku hidup aku dah mengenali separuh daripada dunia ini
Tk kenal satu dunia lagi, yelah belum travel to Europe lagi
18 tahun aku hidup dah ramai, bermacam-macam orang yang aku kenal
Dari sejahat-jahat umat sehingga lah sebaik-baik manusia
Tapi mana ada manusia yang terlalu baik, tiada yang sempurna hanya Dia
18 tahun aku hidup dah berbagai pengalaman aku lalui
Lain orang lain pengalaman yang dia rasa
Tapi bagi aku pengalaman aku cukup pahit dan ada manisnya juga
18 tahun aku hidup pelbagai kisah kejahilan orang pernah aku dengari
Aku yang sangat orang percayai, mereka sudi berkongsi rahsia denganku
Aku masih lagi menyimpan rahsia itu, biar aku sahaja yang tahu

Letih sebenarnya dengan duniawi
Aku dah merasai pelbagai kisah pahit, masam, cuka, keju
Jangan sangka kecil kecil aku, aku tk tahu apa apa
Aku tahu
Cuma aku diamkan saja, tk ambil peduli apa orang nak kata

Yang pasti aku,
Jadikan semua pengalaman aku sebagai satu pengajaran
Jadikan semua pengalaman yang mereka kongsi sebagai satu peringatan
Jadikan semua pengalaman pahit sebagai satu sejarah
Bukan kesilapan
Kerana kesilapan bisa berulang kembali
Tapi sejarah tidak mungkin berulang
Bukan kesilapan
Kerana manusia sentiasa melakukan kesilapan
Tapi yang membezakannya adalah minda yang berfikir
Akal
Di lutut mahupun kepala
Terpulang pada individu

Kehidupan itu sukar
Hidup itu susah
Jangan sukarkan lagi
Jangan susahkan lagi
Hadapinya dengan ketenangan
Laluinya dengan kesabaran
Harunginya dengan ketabahan
Walau sejahil mana, kembali lah ke pangkal jalan
Allah sentiasa menerima kita
Cuma kita yang selalu melupakanNya

"Life is a never ending challenge"
Take those experiences as a motivation~
And,
Never, ever, ever give up.


*bersambung


aainaa narilsa






© alexithymia, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena